Kawan baik saya bernama Azrul Minoza. Dia berasal dari Taiping, Perak. Dikalangan rakan2 rapat, Azrul Minoza dikenali sebagai Kerak, ataupun name pentasnye, 'The Crucken'. Antara nama2 lain yg kerap digunakan untuk menyapa si Kerak ialah Emo (digunakan oleh seorang sahaja, iaitu En Karu, rakan Kerak dikenali sejak waktu zaman pre-TESLnya) dan juga Jojo (juga digunakan oleh sorang sahaja, iaitu pensyarah lisan si Kerak di zaman pre-TESLnya juge).
Kerak sangat comel orangnya, sangat pemalu di khalayak ramai, tetapi bagaikan lahanat ketika bersama sahabat taulan. Dia kerap menggunakan unsur2 kutukan dan carutan dalam perbualannya ketika gembira, tambahan lagi dengan suaranya yang sungguh nyaring, mimik wajah yang lucu serta latah yang bukan2, Kerak amat digemari oleh sesiapun pun yang mendampinginya.
Oleh kerana rupa Kerak yang comel dan unik, dia kerap menjadi tarikan pensyarah2 di tempat pengajiannya. Kerak sering mengeluh akan keadaan ini kerana terlalu kerap ditujukan soalan oleh pensyarah2nya. Ketika mengunjungi pusat2 riadah, dia sering di perhatikan oleh masyarakat, terutamanya jelingan2 mat-mat rempit yang sentiasa dahagakan darah. Mujurlah si Kerak bijak berbicara, oleh itu sehingga kini Kerak masih hidup dan akan meneruskan hidup walaupun sentiasa diancam atas sebab2 yang kurang munasabah ini.
Akan tetapi, Kerak yang sangat comel dan gembira ini janganlah disangka seperti itu sepanjang masa. Ketika tidur, dia bagaikan raksasa yang sedang lena. Jangankan diganggu, bernafas pun harus berjaga-jaga. Oleh kerana sifat Kerak yang sungguh istimewa ini, kami menggelarnya sebagai 'The Crucken'. Dari sinilah si Kerak mendapat gelaran itu.
Di waktu lapang, Kerak suka menghabiskan masa bermain permainan video, menghisap rokok sambil meneguk air bikarbonat yang sejuk, bermain snuker atau pool, mencaci rakan2 yang rapat, dan juga melabur perak serta emas. Kerak juga amat gemar menghayati keseksian susuk tubuh badan wanita yang cantik.
Hampir setiap tahun, si Kerak akan membeli beberapa pasang kasut yang cukup ranggi dan mahal. Menurut Kerak, "Ko kalo nak pakai kasut, jangan la beli yang murah, sebab yang murah ni susahlah nak cari yang bebetul best. Mengikut experience aku, kalo ko nak kasut yang bebetul menarik, ko memang terpaksa beli yang branded. Kalo ko pakai kasut cikai je, mane ade awek naaaak~~ pompuan kan suke kasut2 yang menarik, ish bodoh betul la ko ni" Itulah falsafah si Kerak dalam bab pemilihan kasut-kasutnyanya.
Akhir kata, Kerak ialah seorang rakan yang baik. Walaupun dia suka menghina dan mencaci rakan2 demi keseronokan sendiri, rakan2nya tetap gembira dan menyayangi Kerak. Kerak ialah seorang insan yang patut dicontohi jika kita ingin menjadi seorang rakan yang berguna.

2 comments:
Saya nak bekenalan dgn kerak ni boleh? kahkah
saye sayam minoza dan kasut2nye yang mahal itu.
envy envy envy
Post a Comment