Aku tahu laman blog aku kurang menyerlah. Yalah, orang macam aku idea datang sekali sekala sahaja, nak tulis selalu pun rasa tak guna nak paksa minda aku ini. Kalau paksa2, maka tertulislah blog yang amatlah bosan sekali.
Alangkah bagusnya jika aku seorang gadis yang cantik, tulislah apa sahaja pun, orang pasti mahu baca, macam Hanis Zalikha~
Kalau aku perempuan cantik, ambiklah gambar lagak bagaimanapun, orang pasti mahu lihat, tak kiralah baru bangun dari tidur atau baru nak tidur. Agaknya muka tengah terberak pun ada orang nak tengok. Maklumlah, cantik.
Kalau perempuan cantik, bukan sahaja lelaki suka melihat, kaum hawa sendiri pun rasa teruja. "Eh, cantikla you, muke you cam Megan Musang." "I suke tgk u pakai tudung cam Yuna cumiiiill :))))))))))."
Bluek
Tapi kalau orang lelaki lainlah ceritanya, kalau kacak sangatlah, paling nak puji pun orang perempuan sahajalah, itupun yang gedik2. Kalau lelaki kacak pula... tak payah beranganlah, kalau lelaki lain puji, er, faham2 lah sendiri. Kalau perempuan itu pula cantik, maka tak payahlah nak puji lelaki kacak, biar lelaki itu sahaja yang datang, macam bunga menunggu kumbang~
Oh~ perempuan cantik~ begitu mudah kau mempengaruhi masyarakat~
Kalaulah aku perempuan cantik, tak payah belajar tinggi2 atau jauh2 atau besar2. Jadi sahaja model, paling tidak pun pelakon. Kalau boleh menyanyi lagilah, mata tambahan. Tak payah susah2 kerja, cari sahaja lelaki yang berkemampuan. Jangan dapat yang kurang berkemampuan di atas ranjang sudahlah.
Kalaulah aku perempuan cantik, akan aku berlagak sombong, Yalah, kalau sudah cantik, beramah mesra nanti orang kata aku ni wanita murahan, mana2 lelaki pun boleh~ tua atau muda, miskin atau kaya.
Oh tidak, tidak. Aku bukan wanita murahan. You want me? Show me the money~
No comments:
Post a Comment