Tuesday, April 7, 2009

Knape, knape, KNAPE?!?!?!??!?

Setiap insan di dunia ini mesti pernah mengidamkan sesuatu yang yang tak mungkin dimiliki, tak kiralah baju berjenama, seluar selebriti, kasut edisi khas, kereta Eropah, rumah agam, mahupun lelaki kacak atau gadis yang cantik. Untuk mendapatkan barangan idaman ini, anda mungkin harus bekerja keras untuk membelinya...tetapi sehingga kini ku masih tidak memahami...

Sesungguhnya, walaupun ku bekerja siang dan malam, ku takkan dapat memilikimu...Katakanlah, kerja gaji sebulan RM 2500, tolak duit sewa rumah, duit santapan, belanjawan ansuran kereta, duit temu janji, duit joli dan duit rokok, rasanya hanya boleh menyelamatkan lebih kurang RM 500, itupun kalau rasa mahu dijimatkan RM 500 tersebut...duit simpanan masa depan dan duit nak kahwin pula bagaimana??? Sesungguhnya, untuk memilikimu, mungkin ku harus merompak atau mencuri? Atau lebih teruk lagi menggadaikan maruah dan bekerja sebagai gigolo?? Aku tak sanggup!!

Apakah?:

"Hooooooo~~~~~" (Divine sound)

Sesungguhnya, walaupun sebuah gitar, tetapi ianya Gibson. Bukan gibbon, bukan Gibsun mahupun anak kepada Barry Gibb:




"Ah, ah, ah, stayin' alive, stayin'..."







Ya Tuhan, gitar ini berharga lebih kurang RM 12,000++ sebiji!! Itupun tanpa bagasinya. Harga tekstil import pun tidak mencapai ini, tambahan lagi aku boleh membeli kereta ataupun membayar wang muka rumah! Doblas ribu tu!!!! Kalau aku bawa andurku melancong atau berbulan madu mungkin lebih berbaloi! Musuh Gibson yang terdekat iaitu gitar buatan Fender pun tidak mencapai lebih dari RM 7000 (itu yang paling mahal dari Fender). Harga Gibson yang disebut tadi hanyalah Gibson Les Paul Standard. Standard dalam konteks ini bermaksud biasa, ataupun lebih mudah untuk difahami untuk keluaran komersil, belum lagi yang custom (direka khas) yang boleh mencapai RM 20,000!!!!! Disini saya ingin menegaskan bahawa harga-harga Gibson yang disebut adalah harga keluaran kilang, bukannya harga lelong Gibson bekas tangan lagenda-lagenda gitar. Itu mahu mencapai puluhan ribu!

Komponennya pula hanyalah terdiri daripada kayu-kayan, besi-besi kecil seperti skru dan magnet, sedikit komposit plastik dan juga tali, seperti gitar-gitar elektrik yang lain, tetapi harga barangan ini bila dicantumkan boleh membeli sebuah skuter Gilera. Yang lebih ganjil ialah ramai juga manusia yang mampu memiliki gitar ini. Asalkan anda lihat kugiran-kugiran di seluruh dunia, ramai yang memperisterikannya, mahu kugiran dari Amerika, Indonesia ataupun Malaysia.






"Jeah!! Uuuuhh~~!"




"Pejantan tangguh..."





"Gila darjat! Gila nama!..."

Tetapi bila dikenang kembali sewaktu ku mula meminati gitar, sebelum ku mula-mula sekali memetik tali-tali syurga, nama yang kukenal bukanlah Kapok, Yamaha, Jackson, Ibanez ataupun Fender, tetapi adalah Gibson. Walaupun ku selalu curang dan mengidamkan yang lain, tetapi dihati ini ku tetap mahukan yang itu...setelah hampir 9 tahun berasmara dengan instrumen bertali ini, ku sedari bahawa tiada lagi yang mampu menandinginya...dengan rintisan batinnya yang tebal, jelas sungguh pekat merdu serta berlemak, disertakan bersama susuk tubuh badan yang monggel dan genit, membuatkan mataku putih berurat, mulutku berair dan lututku menggigil keghairahan tatkala membayangkan ranjang asmara bersama Gibson.

Akhir kata, jika dibandingkan Gibson dengan gitar-gitar lain, bagaikan biduan syorga dengan pelacur tua. Sekian.






VS






??????





Megan Fox (drool...)



3 comments:

~fiNdinG a VoiCe~ said...

Jom g curr...extra pocket money!!!! ahax......

Bert Steve said...

hahah gempak gile posting nih. haih, napela jarang gile ko menulis? mcm rambut kaw jugak. ape cer beb?

fiterisalim said...

haha gambar nenek tua ko tu membuatkan nugget yg aku makan tadi terkeluar dari mulut.

syabas..good one. haahaa