Saturday, November 14, 2009

Elektronika Extravaganza

Untuk pengetahuan anda, saya sangat sukakan lagu2 yang pelbagai, terutamanya yang berunsurkan pop gula-gula getah dan juga metal berat. Lagu berunsurkan elektronik juga menjadi pilihan, kerana bunyi-bunyian yang pelik dalam lagu2 seperti ini tidak dapat di salurkan melalui instrumen2 biasa. Lagu2 elektronik yang dimaksudkan disini bukanlah lagu2 sampah seperti feng tau, akan tetapi lagu elektronik yang dimainkan sendiri oleh artis tersebut, secara langsung dan spontan, bukanlah dirakam dahulu di studio kemudian diputarkan di atas pentas, sambil si pemain menghangguk hangukkan kepalanya seperti si dungu mabuk. Lagu elektronik yang sebenar-benarnya bak kata brader-brader "true" adalah dimainkan sendiri, sambil menyanyi menggunakan peralatan elektronik secara langsung dan spontan.

Just For Now by Imogen Heap

Pernah dengar? Jika tidak anda harus mengenali minah berbakat ini. Nama yang agak ganjil, besertakan muzik yang jua ganjil. Perhatikan cara beliau memainkan lagunya, hanyalah dengan mengulang dan melapikkan bunyi-bunyian antara satu sama lain, ataupun dalam istilah Bahasa Inggerisnya looping, teknik yang kerap digunakan oleh kumpulan2 elektronik. Akan tetapi, disebabkan minah ini sungguh berbakat, dia boleh memainkannya seorang diri, bukan itu sahaja, malahan timingnya sungguhlah tepat! Lihatlah betapa bersahajanya dia mempersembahkan karya beliau. Hebat bukan? Ini barulah muzik elektronik!


Oh Cik Imogen Heap, walaupun anda tak berapa cantik dan berfesyen pelik, anda sememangnya berbakat!

2 comments:

Hafriz said...

canst say the same, aku tak ske sgt electronica hummings huhuh

Icky said...

oh, saya juga tidak menafikan bahawa setiap manusia mempunyai citarasa muzik yang berlainan