Friday, November 20, 2009

Kata-kata

Kita semua tahu, kata2 itu penting, hanya sedikit kata2 yang memberangsangkan atau kata2 yang kesat boleh mengubah perasaan seseorang itu. Tetapi agak pelik juga, pabila seseorang itu boleh menjadi keliru, kerana tidak cukup mendengar kata2 atau ayat2 "tertentu" setiap hari. Biar saya jelaskan.

Cuba ingat kembali ketika mula megenali dengan seseorang yang baru, pada mulanya kita amatlah sopan antara satu sama lain, mengucapkan "tenkiu" untuk setiap batang rokok yang diberikan, ucapan "Ai leb yu" diucapkan setiap hari dan mengucapkan "Maaf" walau terlanggar sedikit dibahupun.

Akan tetapi, bila sudah lama berkenalan, setiap batang rokok yang dibelanjakan tidak perlulah disertakan dengan terima kasih, ucapan cinta tidak perlulah diucapkan setiap hari, dan kalau tertumbuk pun tidak meminta maaf kemudiannya (yang ini mungkin sedikit abnormal).

Semua ini berlaku kerana kita sudah BIASA dengan orang tersebut, ataupun perkataan yang lebih indah ialah MENGENALI insan itu. Bila kita sudah mengenali seseorang, kita tidak perlu pun mengucap kata2 yang byk, kerana apa seseorang itu fikirkan sudah pun dapat di agak kerana kita MENGENALI mereka. Kata2 digantikan dengan PERBUATAN dan SIKAP yang baik kerana disitulah sifat sebenar seseorang itu boleh dihargai, bukanlah dengan kata2 yang boleh menipu.

Tapi apa yang sedihnya, ramai manusia mudah tersinggung perasaan oleh orang yang DIKENALI, atas sebab kata2. Bukan setakat tersalah kata atau tersalah cakap, malah, tidak mengucapkan perkataan2 tertentu atau ayat2 tertentu JUGA boleh membuatkan mereka berasa susah hati atau tersinggung. Bukankah kita sudah mengenali antara satu sama lain? Begitu pentingkah kata2 yang manis atau kata2 memujuk walaupun sudah lama berkenalan? Bukankan kata2 manis itu DUSTA? Bukankah kita sepatutnye sudah memahami SIKAP seseorang itu?

Akhir kata, kucing pun tahu tuan mereka sayangkan mereka tanpa kita perlu berkata-kata, cukuplah dengan sikap menyayangi yang ditunjukkan.

2 comments:

Bert Steve said...

jadi, aku boleh cincai cakap ngan ko ke?

Icky said...

boleh, sbb ko ialah birdman! lalalala